Wednesday, March 27, 2013

tahniah adik-adik SPM tahun lepas. Jom lah masuk Pasum

Assalamualaikum and hye :)

#ini adalah post untuk promote pasum. :)

Alhamdulillah hari ni di beri peluang untuk bernafas di bumi Malaysia yang aman damai ni. Langsung tak tergugat dengan sedikit kekecohan yang berlaku di Lahad Datu itu. Rasa-rasanya dah okay kan kat Lahad Datu tu?? Entah la. Saya pun tak tahu. Tapi hari tu ada dengar dah okay kan. Maafkan saya kerana saya kurang membaca berita sejak dua menjak ni. Busy yang teramat. Online pun tak sempat. Online pun hanya untuk group discussion kat Fb tuh. seriously my last week was very last week. hehe. 

Teramat-amat busy. Alhamdulillah busy untuk perkara yang baik walaupun ade jugak busy yang mungkin tak mampu saya gunakan untuk claim kat akhirat nanti. Saya dalam usaha untuk mendididik hati untuk prefer busy ke arah sesuatu yang boleh saya gunakan untuk claim kat akhirat nanti. Semoga dipermudahkan olehNya. Amin. 

#habis mukadimah. LOL. Panjang kemain kan?? ^.^

Okay.. Kak aten kat sini ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang baru sahaja mendapat keputusan SPM hari tu. Tahniah kepada yang berjaya dapat keputusan yang cemerlang. Yang tak cemerlang pun tak pe. Tu dah memang rezeki kita kan. Terima lah dengan seadanya. Tuk kawan-kawan sebaya yang ambil STPM pun tahniah juga lah ya kepada yang cemerlang mahupun tidak.

Untuk adik-adik lepasan SPM, pandai-pandai lah isi semua borang nak masuk universiti tu ya. Yang mana dapat result okay, cuba isi untuk scholarship. Isi je semua yang ada. Nanti ada lah tersangkut kat mana-mana. Untuk yang nak isi UPU, isi elok2. rasanya dah tutup pun kan UPU tuk lepasan SPM kn? hik2. tak tahu. sorry. 

tak apelah. kak aten dulu Alhamdulillah dapat Pusat Asasi Sains Universiti Malaya or lebih dikenali sebagai PASUM. Rasa bertuah sangat. Sebab ade yang bagitahu, pasum ni hanya untuk student yang dapat straight As je. Kak aten dapat pulak mmg tak straight As. Tu yang rasa bertuah tu. Tapi dun worry. Ramai jer yang dapat masuk pasum tu yang tak dapat straight As. Rezeki masing-masing di tangan Tuhan kan.

So, nak dipendekkan ceritanya tamatlah sudah saya study kat Pasum tu. Sekarang dah nak habis satu tahun dah buat Degree kat Unimas ni. Memang lah teramat-amat best study kat Pasum tu. Macam-macam ade. Lau zaman saya dulu sesi 2011/2012, kami ada asasi Sains Hayat, asasi Sains Fizikal and Asasi Alam Bina. Zaman sekarang tak tahu lah. Sebab ada dengar ura-ura yang menyatakan akan tambah lagi program baru. Kalau tak silap asasi kejururawatan. Tapi tak tahu kesahihannya. Boleh try tanya student sesi 2012/2013 pulak. 

Dulu saya dapat Asasi Sains Hayat. Sains Hayat dibahagi kepada dua iaitu Hayat 1 and Hayat 2. Saya Hayat 2. Untuk setiap group tu pulak, kami dibahagikan pulak kepada group-group kecil untuk kelas tutorial and lab session. Group saya X3. Group yang paling best. Best sebab kami semua memang rapat antara satu sama lain.

Ramai yang kata Pasum ni susah. Apa yang susahnya? Ade yang kata syllabus pasum tinggi. *betol ke ejaan syllabus tu?? err. biar jer lah. syllabus Pasum tinggi? tak de maknanya. Sama je dengan tempat-tempat lain. Lebih kurang matriculation jer. Seriously memang lebih kurang. Nak kata memang sama tu tak lah. Tapi adalah yang sama tu. Banyak pulak tu yang sama. So, jangan takut nak masuk Pasum. Kalau dapat Pasum, jangan pikir panjang. Accept jer terus. hehe. Bukan ape dik oiii. Cerah masa depan lau korang masuk Pasum. Tu pun lau korang rajin la. Kalau korang datang Pasum goyang kaki jerr memang tak de maknanya masa depan korang nak cerah dik oooi.

Kenapa Pasum best?? Sebab dekat dengan rumah pakcik saya. Hujung minggu jer saya boleh call dia datang ambil saya tuk balik rumah dia. Kadang-kadang naik bas jer terus dari Stesen University ke rumah pakcik saya tuh. hehe. Best kan??  hik3.

Seriously Pasum sangat best. Kenapa? Sebab korang asasi student akan ditempatkan di Kolej 12 which is very tersangat dekat dengan Pusat Asasi tu. Very lagi tersangat lagi. Mana nak dapat?? hehe. Korang perlu jalan jer dari Kolej untuk nak pergi kelas. Kolej 12 kemudahan dia sangat tip top. 2 orang dalam satu bilik yang dilengkapi dengan semua kemudahan. Meja study yang besar. Katil yang empuk. Loker yang boleh la tahan besarnya. Lagi best, pemandagan dari balkoni bilik tersangatlah saujana mata memandang. Chewwwah! :) Sebabnya ada tasik yang selalu dijadikan tempat pembuangan bufday boy and bufday girl. hehe. jaga-jaga lah sape yang sambut bufday kat Pasum ni. Probability untuk korang kena campak agak tinggi if korang dapat geng yang gila-gila. haha. better rahsiakan bufday korang daripada pengetahuan umum. :)

Lagi....Mid Valley tersangatlah dekat. Bak kata kawan-kawan saya kat Pasum dulu Mid Valley ibarat rumah kedua kitorang. Time Square rumah ketiga. Rumah keempat?? Pandai-pandailah korang carik. Senang je nak gi Mid Valley ni. Jalan kaki dari Kolej ke Stesen Universiti and then amek bus gi Mid Valley. Seringgit jer pon. Lau malas nak jalan kaki dari kolej, boleh naik bus dalam UM ke Stesen University. Senang jer. Tapi tak perlulah selalu keluar Mid yea. Kalau nak keluar sangat, siapkan dulu tutorial and segala lab report tu. Tapi dont worry jugak coz tutorial and lab report tu pun boleh tiru kwan punya jer. #jangan contohi. ambil yang jernih buang yang keruh yer adik-adik.

Haaa. Ni yang lupa nak cerita. Minggu Aluan Pelajar dia tersangat lah best. Sampai sekarang terngiang-ngiang di minda apa yang kitorang buat sepanjang minggu tu. Terngiang-ngianglah sangat kan. haha. Tapi seriously memang best. Tak tahu nak cakap apa. Better korang rasa sendiri lah kan. 

Belajar macam mana kak?? Belajar okay jer. Korang akan ada lecture, tutorial and lab session. Masa lecture tu dengarlah. Jangan nak tidur pulak. Tutorial pulak, korang akan diberi soalan dan perlu dijawab dan akan dibincangkan dengan tutor korang nanti. Lab pulak, korang ikut jer procedure. Lab teramatlah best. Masa lab Biology, korang akan main ngan katak, amek darah korang sendiri, bedah cik Tikus dengan merabak-rabakkan perut beliau dan macam-macam lagi. Lab Chemistry super ohsem. Buat experiment sorang-sorang. Sorang student akan dapat semua apparatus and materials yang diperlukan and buatlah experiment tu sesuka hati korang. Yang best nya, suppose korang pun kena hantar lab report secara individual. Tapi dont worry. Masa ni lah nak tunjukkan semangat berkumpulan korang. Korang boleh jer share result ngan kawan-kawan yang lain. Lab report pon boleh pakat ngan kawan. Sepakat membawa berkat. Tak gitu?? Lab Physic pulak best la. Tapi markah susah wooo. Tak pe. yang penting buat betol-betol experiment tu. Pastu bina hubungan silaturrahim dengan akak-akak n abang-abang lab fasilitator. InsyaAllah akan membantu untuk meningkatkan markah lab report korang. Bukannya ape. Lau rapat dengan diorang, diorang akan ajar cara yang betul tuk buat experiment tu. Lau experiment korang buat betul, result pun maybe akan betul jugak lah kan. Lau result betul, banyaklah markah korang kan. Hehehe.

Tapi memang kena rapat pun dengan lecturer, tutor n lab fasilitator. Nanti mudah korang nak tanya ape yang korang tak tahu. Apa lagi ea? Erm. Tak de dah kot. Tapi lau nak tahu apa-apa lagi mengenai Pasum, bleh lah tanya. Tapi mungkin ade jugak yang mungkin berubah mengikut masa. So, better tanya the latest batch la pasal Pasum ni.

Haaa. Lupa nak bagitahu, exam senang jer. Lau korang buat soalan tutorial tanpa tiru kawan, memang senanglah korang nak jawab exam. Seriously tak tipu okay! :D 

Tu je lah kot. Till then. Harap dapat memberi semangat kepada adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran ke alam universiti nanti ya. Walaupun asasi, korang dah dikira cam sebelah kaki kat U dah. Macam tu lah lecturer saya cakap dulu. So, lau dapat Pasum, jangan nak pikir panjang. Pegi je. hehe..

K laaa.. Till then. Wassalamualaikum. :D
 

 




Thursday, February 28, 2013

PLKN life =.=

Assalamualaikum.

apakah itu yang dinamakan PLKN? PLKN ataupun nama penuhnya(mcm nama orang pulak) is actually Program Latihan Khidmat Negara. program ini melibatkan pelajar-pelajar lepasan SPM in order to full fill their masa lapang sebelum nak masuk university( :DDD pandai-pandai je aku bagi penerangan mengenai PLKN ni. suke2 hati je kan?)

ahahaha. tak pe la. janji boleh diterima dan boleh dimasukkan ke dalam akal.

actually, bukan saya pun yang masuk PLKN. it's actually my brother yang begitu bertuah kerana terpilih untuk menjadi salah seorang ahli(insert right word here to gantikan ahli tu. rasenye pelatih kn) PLKN ni.

so, saya terjumpa group kem PLKN yg adik saya pergi tu kat fb. then, i curik2 download gambar yang ade dia. nanti bile berkesempatan untuk jumpa dia lagi, akan ku tunjukkan gambar2 tersebut kepada nya. sebab dia selalunya tak endahkan gambar2nya yang ditag oleh his friends kat fb or even tak kisah if gambar dia ade ke tak and dia lagi suka kalau gambar dia tidak diambil. he's kinda pemalu. mcm kakaknya lah kan. selalunye, aku lah yg akan download gambar2 dia, and then tunjukkan kat my parents bile aku balik rumah. mmg kene dload sbb rumah aku tak de internet. (bile cuti lame2 duk kat rumah tu, rase cam katak bawah tempurung jer sbb tak boleh nak bkk fb n twitter)

lebih kurang macam ni lah aku kalau cuti panjang kat rumah. n selalunya aku akan missed mcm2 event like reunion yg diadakan oleh my friends sbb they usually bagitahu dekat fb. mmg tersangat-sangatlah sedih. nak buat mcm mane, tak de rezeki. lau aku tahu pun, bukannya aku boleh pegi. my father tak bagi kalau naek motor jauh2. kalau dekat2 rumah je boleh la. n lebih menyedihkan, sy still tak de lesen kereta. kadang2 terfikir jugak buat ape ade lesen kereta sbb belum tentu abah bagi keluar even aku ade lesen kereta pun. so sad..

ehhh. tersasar jauh pulak. ni katak punya pasal la. okey. sambung sal my adik, saya suka download gambar2 dia sbb saya suka tgk gmbar dia especially gambar dia berpakaian tentera. saya rase cam " Wah!! i'm so proud having him as my brother". lebih kurang mcm tu lah. sbb tu lah sy suka tunjukkan gambar2 dia kat my parents and my other brothers. sbb saya rase maybe diorang pun akan bangga dengan anak and abang diorang. so, dikesempatan ini, sebagai menunjukkan yang saya proud ade adik macam dia, sy nak letak byk2 gambar dia kat blog saya ni.





2 gambar kat atas ni gambar dia mase kat sekolah. dia adalah one of the RMC's student.

and kat bawah ni pulak gambar2 dia kat PLKN. 

penghulu and penghuluwati :D


 tak tahu aku nak describe muka dia cane tyme ni. mungkin mase ni, dia tengah bagi command kot.


 yang ni pon. tgh bg command jgk. i think la. 





 kat belah kanan tu penghuluwati. kenapa sy amek jgk gambar dia???? :DDDD

 tgh command lagi kot :D

 ni dia penghulu yg tak berapa nak hensem. :P


 dia lagi. 

penghuluwati.

 command lagi. 

 tak tahu nak cakap ape. 

and last but not least, command lagi.

nasib la ko afiq gmbar ko diambil pada waktu yg tidak kene mmbuatkan muka ko nampak pelik.. haha.



okey. lahhhhhh. biase jer pon adik dia. ingatkan hebat sangat. tak kisah lah nak kate ape pon, as long as saya bangga dapat adik macam dia.

dia terpilih menjadi penghulu secara tidak sengaja kerana beliau merupakan budak RMC. walaupun berkeras menolak jawatan itu, namun nasib tidak mnyebelahi dirinya kerana jurulatih-jurulatih disitu tetap mahukan dirinya yang kurus keding itu untuk menjadi penghulu. nasib la ko apiq. ahahaha.


okey.. sekian sahaja sesi berkenalan dengan adik saya. entry kali ini perkataan-perkataan yang digunakan adalah tidak berapa nak formal kerana saya dalam keadaan "excited state"sekarang ni. mohon ampun dengan penggunaan ganti nama diri kejap aku. kejap saya. kejap I. mmg tak setia kepada yang satu. 


okeylah. saya dah nakmengundur diri. doakan yang terbaik buat adik saya for his SPM's result. semoga dia mendapat keputusan yang "warna berterbangan" ya. AMIN.

dia tak tahu kewujudan blog saya ni. kalau dia tahu, tak tahu lah macam mana keadaan saya tyme tu. okeylah. saya sayang adik saya. bukan dia je. adik saya yang lain2 pun saya sayang. umi abah saya punnnnnn lagi saya sayang.

okeylah. sebelum saya berceloteh lagi panjang, izinkan saya mengundur diri. jika ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.

ps: pasal festival tak cerita lagi. kalau jumpa gambar tuk festival tu, nanti saya cerita.

ps 2: spt yang telah diberitahu, gambar2 kat PLKN kat atas tu diambil dari FB group kem adik saya tu yg diupload maybe oleh one of the jurulatih kat sane. mohon izin download. :D maaf kerana menggunakan tanpa kebenaran. saya maen download jer sbb boleh download kannnn? sorry~


till then. Assalamualaikum.