Thursday, November 21, 2013

Macam mana nak jadi mahasiswa/mahasiswi fabulous?

Assalamualaikum w.b.t

Hari tu berkesempatan untuk join Forum Beliawanis kat Unimas ni. tak plan pon. tiba-tiba terjumpa dengan kawan yang otw ke forum tu, so, dia ajak la sekali join dia.

Tajuk Forum: Beliawanis Fabulous, Realiti @ Fantasi

Forum ni hanya untuk mahasiswi. walaupun hanya untuk mahasiswi, aku dapati tak ramai pun yang datang. tapi Alhamdulillah lah sebab aku terpilih untuk join forum tersebut.

1st soalan yg ditanyakan oleh moderator kepada ahli panel, lebih kurang mcm ni la:

"Apakah ancaman yang sering dihadapi oleh mahasiswi dalam usaha untuk menjadi seorang yang fabulous?"

So jawapan ahli panel tu,

Apa yang boleh dia katakan, ancaman ni ada dalam dua bentuk,

1) Ancaman luaran spt media massa; lagu2 jiwang, movie2 cinta yang membuatkan ramai mahasiswi terleka.

2) Ancaman dalaman: perasaan yang timbul dalam diri terhadap manusia yang berlainan jantina.

Aku nak cakap pasal yang kedua ni la. memang ni fitrah yang berlaku dalam kalangan setiap wanita, remaja. dan aku wanita, aku tahu memang benda ni akan berlaku walau macam mana sekalipun kau cuba nak menolak.

kata ahli panel tu, kita wanita sangat-sangatlah mudah perasan. akak tu cakap contohnya, awak lalu Fakulti Kejuruteraan (FK). awak tengok ada sorang laki tengok awak. awak pun mula lah fikir. 'hish. apahal la laki ni tengok-tengok aku. tak suka lah.' padahal dalam hati berbunga-bunga suka bila dipandang sedemikian.

esoknya, lalu lagi FK, budak laki tu ada lagi. tengok awak lagi..lagi la mula fikir macam-macam. 'dia tunggu aku la'..'dia nak tengok aku la tu'.. 'hisy..macam mana ni.. tak suka la orang laki pandang kita macam tu'

cehhhh...kononnya lah kan. x suka.. ermmm.. ye la tuu..

pastu akak tu cakap lah..

"padahal budak laki tu bukannya tengok awak pun,, dia tengok kawan yang kat sebelah awak tu.. awak je yang perasan lebih.''


huhu..kena sedas kan. aku pun pernah macam tu. zaman budak-budak dulu. sekarang ni entah la. macam tak ada perasaan je. mungkin belum tiba lagi masanya. aku pun malaslah nak layan perasaan-perasaan macam tu. lagi pun aku sedar aku bukannya lawa pun. x de sapa nak. (baguslah kau sedar diri, Fatin. Hahaha)

so, tu lah! bukan sekadar perempuan/wanita, lelaki pun sama je sebenarnya. bila pompuan ni senyum sikit, mulalah kata 'hisy, gatalnya pompuan ni senyum kat aku.' padahal budak pompuan tu mmg tgh tersenyum mungkin sbb tgh berbual dgn kawan dia, pastu tiba-tiba terpandang kau. dia x sengaja pun senyum kat kau. so, jangan nak perasan. 

dan macam aku sendiri, aku ni memang jenis suka tersengih je memanjang. suka lah  nak promote gigi rabbit aku. so, kalau jumpa orang yang aku kenal, mmg aku akan senyum walaupun kau tu lelaki. so, no heart feeling, no hard feelings k! nanti kan kalau orang masam kau cakap orang tu sombong pulak kan? orang snyum, kat cakap orang tu gatal pulak.. macam-macam..

so, konklusinya kepada lelaki dan wanita diluar sana, jangan mudah perasan.. huhu

So, bijaklah dalam menghadapi dua ancaman ni. jangan sampai anda terleka sampai menghalang jalan anda untuk menjadi mahasiswa/mahasiswa fabulous. :D



ayat yang paling aku x boleh lupa masa forum tu ialah:
" Wanita yang solehah tidak memandang dan tidak dipandang"

-so, tgh berusaha ke arah tu. In sya Allah. Semoga Allah permudahkan.



ps: memang kalau kita rasa tak de mood nak bercakap, perasaan nak menulis itu akan naik kah???
aku tengah tak ada mood nak bercakap. so, mungkin ni sebab aku menulis malam ni. tak apa lah. walaupun ayat agak kasar. moga mendapat sesuatu daripada post aku malam ni. 






Thursday, June 20, 2013

Sima dah nak kawin dah.... :D

Assalamualaikum.

masa tengah tulis ni, ade bau apam polkadot masuk dalam bilik aku. tak tau datang dari mana. huhu.. so, nak dipendekkan cerita, alhamdulillah, saya dijemput ke majlis perkahwinan Fatin & Amir. nama dah sama. cuma jodoh kita tak sampai sama-sama.. sedihhh.. kih2..

so, tu dia kawan aku masa zaman sekolah menengah dulu. semua pakat nak kawin. okeylah.. tahniah yer sima (nama sebenar dia Fatin Asima). Mabrouk! Mabrouk! Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan semoga Sima and zauj sentiasa diberkati Allah selalu. ni kad jemputan Sima. Please have a look. Cute sangat. Saya suke saya suka! :D


Ape yang aku harap, aku nak sangat pergi majlis diorang ni. dulu majlis fitr aku dah tak pegi. ni kalau sima punye majlis pon aku tak pergi, memang menyesal yang amat laaa.. berharap sangat ade orang nak tumpangkan aku gi sekali.. sape nak tumpangkan saye? angkat tangan! hurmmmmm. macam tak der jerr. :( nak harapkan abah aku gi hantar? memang tak lah? nak harapkan aku gi sendiri? ngan motor? ngan bas? huh! memang tak lah abah aku nak bagi. 

teringat masa eza buat majlis makan-makan sebelum dia fly dulu. tak ade sape pon bagitau aku. aku dapat tau pun on that day. salah aku jugak sebab aku tak online. eza dah bagitau awal-awal lagi kat fb tu. hurm.. memang tak lah nak ajak abah secara tiba-tiba camtu. abah tu, lau nak ajak dia gi mana-mana, kena booking dua hari sebelum. dia tuh busy sokmo. pastu, memang hari tuh abah busy sangat pun. ramai sangat orang suruh gi sembelih lembu. so, memang tak sempat lah nak gi hantar aku. sedih sangat.

aku bagitau abah, nak gi sendiri ngan motor. tapi abah tak bagi sebab aku tak biase ngan jalan ke rumah eza tu.. huhu.. aku nangis at that time and malam tu merajuk ngan abah. ceeeitt. macam budak-budak kan?? siapa yang tak sedih lau tak dapat jumpa kawan-kawan lepas dah lame tak jumpa. 

pastu yang lagi menyayat hati aku, aku dapat tahu chamah gi umah eza. "wei chamah, mg tak ajak pon aku gi sekali dih? aku tak tau la mg gi ngan moto ke ngan kete ke, tapi at least lau mg gi ngan moto, aku bleh follow kut blakang. lau mg gi ngn kete pulak, memang aku boleh tumpang terus la. huhu" - [chamah tak bace blog aku rasenyer. so, tak pe la] sedih kot. tak per ar mg chamakh wat kat ku gini. huhu (sape-sape hk bace jgn v chamah bace. amanah!) haha


sangat sedih wei. abah aku pulak senang jah dia kate, "kakak, lau nk g mane-mane abah v jah gi. tapi bukan gi sediri la. suh saem hk mane-mane nak gi tu, hk mane umah dekat-dekat ngn kite tu, suh mari ambik. abah v jah" - okey mata aku dah masuk pasir.. masa ni abah nak pujuk aku time aku merajuk ngan dia.

abah ingat senang ke nak suh saem mari ambik. saem ore bukannya kenal pon rumah kite. lagipun ore serow tak dop pon saem-same ore hk rumah dekat ngan kite. lau ade pon chamah ngan jebo je la. huh!

memang aku sedih sangat. pastu hk sambut bfday mai and cipa tu. tak leh gi jugak. rase cam nak bakar rumah time tu abah tak bagi. panas sangat time tuh! sabar je lah!


tapi tu lah. benda lepas doh. menyesal pon memang tak guna doh. sebab tu lah aku ngarap sangat aku boleh g majlis sima kali nih. harap lah abah v gi. aku nak gi ngan motor! huhu. tapi abah oyak nak suh aku amek lesen kete cuti ni. tapi aku tertanye-tanye lah jugak, lau aku boleh bawak kete pahni, serow abah v dok aku bawak kete? haisy. 

kaluuu la abah bace blog aku kan best. abah tak tau betapa sedihnye aku lau tak dapat jupo saem-saem.. abah ni gakk..sokmo gini.. kali nih,, bleh la bah deh.. huhhu.. :(

sape-sape yang bace blog aku ni, aku nak korang sume doakan semoga aku dapat gi majlis sima ni. lau abah aku tak bagi jugak, aku lari dari rumah (ni tipu). huhu. 

okey lah. ni memang luahan perasaan aku nih! marah campur sedih! okey lah. bye bye.

wassalamualaikum.


Saturday, June 01, 2013

Ahlan wa sahlan ya JUNE! :D

Assalamualaikum. 

Welcoming June of 2013. 

The beginning of my study week.

Pray for me. 

Final exam is next week.

Nervous

Ya Allah. Permudahkan segala urusan ku dan kawan-kawan lain yang bakal menduduki peperiksaan ini. <3

ps: Study-study jugak. Jangan sampai lupa Allah. Jangan sampai melambat-lambatkan solat. Jangan sampai terlepas subuh disebabkan stay up. Study kerana Allah. Itu yang TERBAIK!




*kalau mengikut JAKIM, kite akan start puasa 10 Julai 2013. Tapi ianya subject to change. Sebabnye kena confirmkan dengan tengok bulan dulu la kan.. :D 
kalau 10 Julai, means 39 more days. bukan 38. aku tersilap kira. 
malas dah nak betulkan balik. opppss.. perakataan malas disitu. tak baik tak baik.


so, dah bersedia untuk Ramadan?? Puasa dah ganti? opps! hek3. 

sampai sini jer.

bye.

Wassalamualaikum wbt.