Wednesday, March 27, 2013

tahniah adik-adik SPM tahun lepas. Jom lah masuk Pasum

Assalamualaikum and hye :)

#ini adalah post untuk promote pasum. :)

Alhamdulillah hari ni di beri peluang untuk bernafas di bumi Malaysia yang aman damai ni. Langsung tak tergugat dengan sedikit kekecohan yang berlaku di Lahad Datu itu. Rasa-rasanya dah okay kan kat Lahad Datu tu?? Entah la. Saya pun tak tahu. Tapi hari tu ada dengar dah okay kan. Maafkan saya kerana saya kurang membaca berita sejak dua menjak ni. Busy yang teramat. Online pun tak sempat. Online pun hanya untuk group discussion kat Fb tuh. seriously my last week was very last week. hehe. 

Teramat-amat busy. Alhamdulillah busy untuk perkara yang baik walaupun ade jugak busy yang mungkin tak mampu saya gunakan untuk claim kat akhirat nanti. Saya dalam usaha untuk mendididik hati untuk prefer busy ke arah sesuatu yang boleh saya gunakan untuk claim kat akhirat nanti. Semoga dipermudahkan olehNya. Amin. 

#habis mukadimah. LOL. Panjang kemain kan?? ^.^

Okay.. Kak aten kat sini ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang baru sahaja mendapat keputusan SPM hari tu. Tahniah kepada yang berjaya dapat keputusan yang cemerlang. Yang tak cemerlang pun tak pe. Tu dah memang rezeki kita kan. Terima lah dengan seadanya. Tuk kawan-kawan sebaya yang ambil STPM pun tahniah juga lah ya kepada yang cemerlang mahupun tidak.

Untuk adik-adik lepasan SPM, pandai-pandai lah isi semua borang nak masuk universiti tu ya. Yang mana dapat result okay, cuba isi untuk scholarship. Isi je semua yang ada. Nanti ada lah tersangkut kat mana-mana. Untuk yang nak isi UPU, isi elok2. rasanya dah tutup pun kan UPU tuk lepasan SPM kn? hik2. tak tahu. sorry. 

tak apelah. kak aten dulu Alhamdulillah dapat Pusat Asasi Sains Universiti Malaya or lebih dikenali sebagai PASUM. Rasa bertuah sangat. Sebab ade yang bagitahu, pasum ni hanya untuk student yang dapat straight As je. Kak aten dapat pulak mmg tak straight As. Tu yang rasa bertuah tu. Tapi dun worry. Ramai jer yang dapat masuk pasum tu yang tak dapat straight As. Rezeki masing-masing di tangan Tuhan kan.

So, nak dipendekkan ceritanya tamatlah sudah saya study kat Pasum tu. Sekarang dah nak habis satu tahun dah buat Degree kat Unimas ni. Memang lah teramat-amat best study kat Pasum tu. Macam-macam ade. Lau zaman saya dulu sesi 2011/2012, kami ada asasi Sains Hayat, asasi Sains Fizikal and Asasi Alam Bina. Zaman sekarang tak tahu lah. Sebab ada dengar ura-ura yang menyatakan akan tambah lagi program baru. Kalau tak silap asasi kejururawatan. Tapi tak tahu kesahihannya. Boleh try tanya student sesi 2012/2013 pulak. 

Dulu saya dapat Asasi Sains Hayat. Sains Hayat dibahagi kepada dua iaitu Hayat 1 and Hayat 2. Saya Hayat 2. Untuk setiap group tu pulak, kami dibahagikan pulak kepada group-group kecil untuk kelas tutorial and lab session. Group saya X3. Group yang paling best. Best sebab kami semua memang rapat antara satu sama lain.

Ramai yang kata Pasum ni susah. Apa yang susahnya? Ade yang kata syllabus pasum tinggi. *betol ke ejaan syllabus tu?? err. biar jer lah. syllabus Pasum tinggi? tak de maknanya. Sama je dengan tempat-tempat lain. Lebih kurang matriculation jer. Seriously memang lebih kurang. Nak kata memang sama tu tak lah. Tapi adalah yang sama tu. Banyak pulak tu yang sama. So, jangan takut nak masuk Pasum. Kalau dapat Pasum, jangan pikir panjang. Accept jer terus. hehe. Bukan ape dik oiii. Cerah masa depan lau korang masuk Pasum. Tu pun lau korang rajin la. Kalau korang datang Pasum goyang kaki jerr memang tak de maknanya masa depan korang nak cerah dik oooi.

Kenapa Pasum best?? Sebab dekat dengan rumah pakcik saya. Hujung minggu jer saya boleh call dia datang ambil saya tuk balik rumah dia. Kadang-kadang naik bas jer terus dari Stesen University ke rumah pakcik saya tuh. hehe. Best kan??  hik3.

Seriously Pasum sangat best. Kenapa? Sebab korang asasi student akan ditempatkan di Kolej 12 which is very tersangat dekat dengan Pusat Asasi tu. Very lagi tersangat lagi. Mana nak dapat?? hehe. Korang perlu jalan jer dari Kolej untuk nak pergi kelas. Kolej 12 kemudahan dia sangat tip top. 2 orang dalam satu bilik yang dilengkapi dengan semua kemudahan. Meja study yang besar. Katil yang empuk. Loker yang boleh la tahan besarnya. Lagi best, pemandagan dari balkoni bilik tersangatlah saujana mata memandang. Chewwwah! :) Sebabnya ada tasik yang selalu dijadikan tempat pembuangan bufday boy and bufday girl. hehe. jaga-jaga lah sape yang sambut bufday kat Pasum ni. Probability untuk korang kena campak agak tinggi if korang dapat geng yang gila-gila. haha. better rahsiakan bufday korang daripada pengetahuan umum. :)

Lagi....Mid Valley tersangatlah dekat. Bak kata kawan-kawan saya kat Pasum dulu Mid Valley ibarat rumah kedua kitorang. Time Square rumah ketiga. Rumah keempat?? Pandai-pandailah korang carik. Senang je nak gi Mid Valley ni. Jalan kaki dari Kolej ke Stesen Universiti and then amek bus gi Mid Valley. Seringgit jer pon. Lau malas nak jalan kaki dari kolej, boleh naik bus dalam UM ke Stesen University. Senang jer. Tapi tak perlulah selalu keluar Mid yea. Kalau nak keluar sangat, siapkan dulu tutorial and segala lab report tu. Tapi dont worry jugak coz tutorial and lab report tu pun boleh tiru kwan punya jer. #jangan contohi. ambil yang jernih buang yang keruh yer adik-adik.

Haaa. Ni yang lupa nak cerita. Minggu Aluan Pelajar dia tersangat lah best. Sampai sekarang terngiang-ngiang di minda apa yang kitorang buat sepanjang minggu tu. Terngiang-ngianglah sangat kan. haha. Tapi seriously memang best. Tak tahu nak cakap apa. Better korang rasa sendiri lah kan. 

Belajar macam mana kak?? Belajar okay jer. Korang akan ada lecture, tutorial and lab session. Masa lecture tu dengarlah. Jangan nak tidur pulak. Tutorial pulak, korang akan diberi soalan dan perlu dijawab dan akan dibincangkan dengan tutor korang nanti. Lab pulak, korang ikut jer procedure. Lab teramatlah best. Masa lab Biology, korang akan main ngan katak, amek darah korang sendiri, bedah cik Tikus dengan merabak-rabakkan perut beliau dan macam-macam lagi. Lab Chemistry super ohsem. Buat experiment sorang-sorang. Sorang student akan dapat semua apparatus and materials yang diperlukan and buatlah experiment tu sesuka hati korang. Yang best nya, suppose korang pun kena hantar lab report secara individual. Tapi dont worry. Masa ni lah nak tunjukkan semangat berkumpulan korang. Korang boleh jer share result ngan kawan-kawan yang lain. Lab report pon boleh pakat ngan kawan. Sepakat membawa berkat. Tak gitu?? Lab Physic pulak best la. Tapi markah susah wooo. Tak pe. yang penting buat betol-betol experiment tu. Pastu bina hubungan silaturrahim dengan akak-akak n abang-abang lab fasilitator. InsyaAllah akan membantu untuk meningkatkan markah lab report korang. Bukannya ape. Lau rapat dengan diorang, diorang akan ajar cara yang betul tuk buat experiment tu. Lau experiment korang buat betul, result pun maybe akan betul jugak lah kan. Lau result betul, banyaklah markah korang kan. Hehehe.

Tapi memang kena rapat pun dengan lecturer, tutor n lab fasilitator. Nanti mudah korang nak tanya ape yang korang tak tahu. Apa lagi ea? Erm. Tak de dah kot. Tapi lau nak tahu apa-apa lagi mengenai Pasum, bleh lah tanya. Tapi mungkin ade jugak yang mungkin berubah mengikut masa. So, better tanya the latest batch la pasal Pasum ni.

Haaa. Lupa nak bagitahu, exam senang jer. Lau korang buat soalan tutorial tanpa tiru kawan, memang senanglah korang nak jawab exam. Seriously tak tipu okay! :D 

Tu je lah kot. Till then. Harap dapat memberi semangat kepada adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran ke alam universiti nanti ya. Walaupun asasi, korang dah dikira cam sebelah kaki kat U dah. Macam tu lah lecturer saya cakap dulu. So, lau dapat Pasum, jangan nak pikir panjang. Pegi je. hehe..

K laaa.. Till then. Wassalamualaikum. :D
 

 




No comments:

Post a Comment