Saturday, November 23, 2013

Falling in Love.. with BIRDS!

Assalamualaikum. seriously i tell u guys, doing research on Birds is very interesting. But, if u suddenly meet any of zoology student here(Unimas) who's doing research on Frogs, they would tell u, "Oh my.. frogs are so cute.. with its big eyes..very damn cute!" seriously I'm not lying. one of my friend told me that.

jap..aku rasa BI aku agak lemah sekarang ni.. biaq pi la.. lame tak practice. 


ok2..continue..

so, nak dijadikan cerita, masa cuti mid sem hari tu, kitorang ada Field trip. setiap orang dari kitorang dibahagikan kpd 5 taxas. which are mammals, birds, fish, herpatofauna, and insects. so, aku adalah group birds. tapi kitorang still kena buat jugak taxa lain tu.. cuma untuk report, kena buat ikut taxa yang korang dapat la.

so, field trip ni kitorang buat kat unimas je pon. camping kat external lab. pastu pasang mist-nets untuk nak tangkap birds kat hutan zoology and hutan arboratum. untuk taxa birds kitorang ade 2 group. group hutan arboratum tu group aku. kitorang 9 orang lam group.




ni 1st day masa pasang mist-net. nampak tak bag coklat 2. itu adalah handbag. tapi manusia tak bertamadun dalam gambar tu, pakai bag tu macam bag galas. sugguh tak bertamadun. haha. macam pelik kan, masuk hutan pakai handbag? biarje la..dunia dah moden.. hik3..

so, dekat arboratum, kitorang pasang 10 mist-nets sepanjang 100meter laluan dalam hutan tu. lepas dah siap pasang, kitorang balik ke basecamp. 

lepas 2 jam, pergi check mist-nets. and we are suppose to check our mist-nets every 2 hours interval. ni untuk mengelakkan ada burung yang mati dalam mist-net.

so, selepas 2 jam...


ade burung la.. sume excited 1st time la kononnya dapat burung. so kat atas tu, nama burung ni little spiderhunter atau lam bahasa melayu nya kelicap. ni kitorang tgh usaha untuk nak keluarkan dia dari mist-net 2..


 dan kat ats ni. burung ke-2. blue-eared kingfisher. 

dan burung2 ni semua kitorang akan letak lam cloth bag. pastu bawak balik ke basecamp untuk proses ukur, identification dan sebagainya lah.




ukur ekor dia..  n banyak lagi yg kitorang kena ukur. ukur sayap la. paruh la.. sume la..
  
pstu amek gamba dye banyak2.. cam model kan?? macam comelll je..




ni blue-eared kingfisher td. mati sebab kitorang salah handle. kitorang terbagi minum air gula kat dye. suppose hanya burung yg hisap nectar je kne bagi air gula. tapi kitorang terbagi jgk kat kingfisher ni.. so, dye tercekik. and tak lame lepas tu kembali ke rahmatullah.. :(

ni pulak blue-winge pitta. kitorang dapat masa check mist-net kul 6 petang. so, 1st day kitorang dapat 3 ekor.


field trip kitorang 5 hari. 

second day, aku kena buat amphibian. kena tangkap katak. w'pun kitorang kena rotate buat taxa lain, tapi kitorang masih kena takecare of our taxa asal tu. meaning, wlaupun aku buat katak hari ni, aku still kena pantau taxa lain yg buat bird tu. kena ajar dyorang mcmna nak buat segala measurements. how to hadle the bird properly. g2 la.

so, sambung yg hari aku kena buat katak 2. fakta yg korang kena tahu: aku sangat2 geli n anti katak. sampai aku boleh nangis kalu korang tiba-tiba bagi katak kat depan2 muka aku. seriously. tapiii...

malam tu (nak tangkap katak, kena buat malam ya adik2.. barulah banyak dapat), aku mentekadkan diri aku walaumacamana sekalipun, akan aku pegang jugak katak.

tapi nasib x menyebelahi diri aku. mmg susah nak hilangkan rasa geli bile pegang badan dye yg slimy tu. dan aku terlepas 2 ekor katak. yang kelakarnya, katak2 tu macam tau je aku x boleh tangkap dyorang. sbbnya spanjang aku berjalan, aku x perlu cari sekeliling sbb katak tu sendiri yang akan muncul depan aku. depan kasut aku. cayalah. 

dan fakta kedua yang korang perlu tahu: cara senang nak tangkap katak adalah dengan cara menyuluh (suluh) lampu korang pada mata katak yg nak ditangkap. so, dyorang akan buta jap. dan senanglah korang nak tangkap sbb dye akan stay je kat tempat tu. 

fakta ketiga: kalau korang tangkap kodok, korang kena basuh tangan dulu before nak pegang katak. sbb kodok mempunyai racun yg akan mmbuatkan katak mati. tp kalu kite pegang kodok takpe. tak mati pon. ingat tu. lau nak tahu betul tak, try la buat.

dan untuk nak membezakan katak dngn kodok. katak badan dye lembap. slimy. kodok: bergerutu dan kering.

aku dapat tangkap 2 ekor kodok malam tu. tp dengan menngunakan plastik la. aku pakai plastik kat tangan aku. hek2. barulah x geli. :D


semua binatang yang kitorang tangkap, tak kiralah katak ke burung ke akan dilepaskan balik tau. kitorang tak simpan okey. kecuali yang mati la. yang mati kitorang akan process untuk dijadikan wet sample. macam kingfisher yg kat atas td.

hari ke-3. buat fish. dapat mengail. dapat rasa masuk sungai. tu je la.

hari ke-4. buat insects. kena tangkap butterflies. tapi yg sedihnya, butterfliesyg kitorang tangkap akan dibunuh dgn cara memicit thorax beliau. aku sgt2 la tak snaggup buat sampai suruh orang lain buat. kawan aku kata, "dalam zoology, tak ada istilah kesian pada haiwan". huhu.. patutnya yg ambik zoology ni lah perlu ada tahap keperibinatangan yang tinggi kan? tak gitu? 

hari ke-5. last day. suppose kitorang kena buat mammals. group kitorang kena buat bats. pagi tu pukul 6 pagi, pegi check mist-net untuk check bats. tapi sedih. tak dapat pun. 

fakta seterusnya: mist-nets jugak digunakan untuk tangkap kelawar. bukan burung jer. 

so, sangat-sangatlah best field trip ni. memang aku dah jatuh cinta sagt2 dengan burung. w'pun aku buat juga rotate untuk taxa lain, tapi x rasa lah keseronokan macam aku buat birds 2. so, ni adalah gambar2 burung lain yang kitorang tangkap sepanjang field trip ni.

Chestnut-winged babbler


Emerald dove

Greater racket-tailed drongo

Mangrove-blue flycatcher

Olive-winged bulbul

Reddish-scops owl

Purple-naped sunbird

Red/Rufous-tailed tailorbird

Rufous-backed kingfisher

White-rumped shama

Yellow-breasted flowerpecker



Kitorang dapat 15 species burung. Total semua burung dalam 39 ekor tapi from 15 species la. Dan ada yang aku tak dapat gambar. So, 2 je lah. rase2 cam FYP nak buat burung. tapi tak tahu la tu. banyak lagi nak kena fikir untyk FYP. so, itu sahaja laporan field trip saya untuk kali ini. :D


akhir kata, aku nak ucap thanks kepada semua kawan-kawan yg turut menjayakan field trip kali ni. thanks a lot terutamanya kepada ahli group aku sendiri. maaf kalau ada tersalah, tersilap kata, terasa ke semua la. dan maaf lah andai aku tak jadi ketua yg baik untuk korang. tapi serious aku cakap, lau kite ade lagi field trip di lain masa akan datang, aku nak satu group ngn korang lagi. tapi x tau la korang nak tak satu group ngn aku.. hehe

dan terima kasih byk2 untuk gambar ni. thanks anis for these awesome pictures. dan yg laen2 jgk yang turut bagi gambar kat kitorang. thanks a lot tau :D

so,

sampai sini saje...

Bye. Assalamualaikum.

1 comment:

  1. wow,bestnya fieldtrip. klu ezan, hari ni batu, esok batu, lusa pun batu.haha

    neway, may Allah ease ur study sis :)

    ReplyDelete